Tuesday, February 10, 2015

Sinopsis Novel Teman Lelaki Upahan

Sinopsis Novel Teman Lelaki Upahan
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”

Sinopsis Teman Lelaki Upahan, drama TV3 Teman Lelaki Upahan menggantikan drama Istikharah Cinta, Gambar novel Teman Lelaki Upahan, Penulis novel Teman Lelaki Upahan: Azura Rasiddin, novel terlaris 2014 dan 2015, novel popular tahun 2015, novel terbaik, Harga novel Teman Lelaki Upahan RM33

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

4 comments:

Syafiq Specki said...

SALAM DAN HI , ANDA BERADA DI SENARAI TAGGING SAYA UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' JEMPUT SERTAI DAN MENANGI HADIAH LUMAYAN INI . ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

YatieOwner said...
This comment has been removed by the author.
YatieOwner said...

hi dear ;)
PG datang nak jemput join GA iPhone 5S by Syafiqspecki.
Dengan hadiah iphone 5s yang super b hebat, jom sertai sama ya.
klik sini. menangi iphone 5s dengan mudah!
jemput join ya.

Anonymous said...

saya pun tengok drama adaptasi novel teman lelaki upahan :-)

http://inilamanblogsaya.blogspot.com/